Saturday, July 29, 2006

Pengalaman IT

Saya ni memang tak de back ground IT ...belajar pun bidang pemakanan sampai ke U. Setakat words dan excell tu tahu laaa...tapi kalau bab-bab internet ni memang tersangat la jahil...

Kalau MLM tu memang la expert ... 12 tahun bermati-matian buat buat MLM. Pengalaman memang hebat tak boleh di beli kat mana-mana. Pernah tido bawah pokok, bawah jambatan, R&R, hotel murah dan hotel mahal ....semua kerana nak servis network...heee...tapi income dapat juga. Paling tinggi pernah dapat RM50K sebulan (gross bukan net ni)..

1999 saya di perkenalkan satu program network SkyBiz.Com oleh my dear great brother Amin. Mula-mula negatif sebab jahil komputer tapi lepas baca buku DreamBiz.Com terbuka la hati ni.

Semenjak join SkyBiz.Com saya dah ada email, dah tahu ICQ, Chatting dan banyak la ilmu IT. Walaupun SkyBiz tak bertahan lama tapi ilmu yang saya dapat memang tiada nilai dengan wang ringgit.

Minat saya dalam dunia It semakin berkembang. Saya banyak membeli buku dan majalah berkaitan dgn IT. ILMU memang penting untuk berjaya dalam ONline Business. ILMU di tambah kesungguhan insyallah lagi POWER.