Monday, March 05, 2007

Apakah Hukum Pelaburan FOREX dari segi syara’ ?

FOREX atau Pertukaran Matawang adalah satu produk kewangan yang paling besar diniagakan dalam dunia hari ini. Pada zaman Rasulullah dahulu matawang yang digunakan adalah dalam bentuk matawang Dinar atau wang emas. Namun hari ini, matawang emas telah digantikan dengan matawang kertas yang mempunyai nilai yang setara dengan nilai emas. Itulah sebabnya kenapa matawang sebelum ini disandarkan kepada rizab emas yang disimpan oleh Bank Negara bagi sesebuah negara tersebut.



Namun hari ini, matawang boleh diibaratkan sebagai ’saham’ bagi sesebuah negara. Lebih kukuh ekonomi bagi negera tersebut maka lebih kukuh nilai matawangnya. Jika ekonominya menurun, maka nilai matawangnya juga menurun. Jadi ianya sama sahaja seperti saham bagi sesebuah syaraikat. Lebih baik perniagaan sesebuah syarikat maka lebih tinggi nilai sahamnya.



Nilai matawang bagi sesebuah negara adalah berbeza di antara satu sama lain. Ini bergantung kepada ekonomi atau keadaan dalam sesebuah negara. Adakah anda ingin menukarkan nilai ’saham’ yang lebih tinggi dengan ’saham’ yang lebih rendah nilainya ? Tentu sekali tidak ! Begitulah juga dengan nilai matawang. Nilainya mungkin berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Jadi ini bermakna nilai pertukaran matawang di antara negara-negara berlainan adalah berubah-ubah mengikut keadaan semasa (pada masa pertukaran di lakukan), dan ianya sekali-kali tidak melibatkan riba’ (atau interest).



Lantaran itu, ramai ulama-ulama dari seluruh telah menetapkan bahawa perniagaan FOREX adalah HARUS dari segi syara’ termasuklah Dato’ Harussani, Mufti Negeri Perak sendiri.



Rujuk Link Laman Web Mufti Perak :



http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

Soalan : (15hb Feb 05)



Assalamualaikum,



Baru-baru ini saya ada menghadiri kursus Forex di sebuah syarikat swasta, Stable Alliance Sdn. Bhd. Yang menguruskan urusniaga Forex (Foreign Exchange Currency) beroperasi di Megan Avenue, Off Jalan ampang, KL. Saya berminat untuk menambah pendapatan saya melalui forex selain mencari sumber lain untuk melangsaikan hutang saya setelah permohonan baitulmal saya tidak mendapat galakan. Pegawai syarikat itu ada menunjukkan sijil syariah atau pengesahan boleh urusniaga mengikut syariah dari mufti Perak iaitu dari pihak Dato’. Di sini saya inginkan kepastian adakah benar pihak Dato, ada mengeluar sijil mengatakan Forex itu dibolehkan oleh syariah kepada syarikat berkenaan? Sekalipun tidak saya ingin penjelasan Dato, berhubung Forex, adakah boleh saya masuk kedalam urusniaga Forex, memandangkan hutang saya yang amat besar tidak dapat saya langsaikan kalau hanya bergantung kepada gaji bulanan saya yang Cuma RM 1,000. Untuk perhatian tuan, hutang tersebut adalah hutang yang terpaksa saya bayar kerana kegagalan saya dalam akedemik kepada pihak penaja, dan juga hutang saya kepada kawan-kawan ketika biasiswa saya dihentikan dan saya memerlukan kewangan untuk sedikit sara diri dan mencari tiket pulang ke Negara ketika itu.

Segala perhatian Dato’ amat saya hargai.



Insan malang,



Fakhrunnazim Muhajir



Jawapan :



Waalaikumsallam.

Kepada : Fakhrunnazim Muhajir



Mengenai urusniaga Forex.



Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat pengesahan, boleh berurusniaga dengan Forex.