Monday, July 31, 2006

Gelombang Internet

Ikut sejarah internet mula digunakan oleh Pentagon pada 1969. Internet digunakan untuk komunikasi antara rejimen-rejimen askar semasa peperangan.

Pada tahun 1975 komputer mikro pertama telah dicipta. Sebelum tu komputer hanya mampu digunakan oleh institusi seperti universiti atau syarikat-syarikat besar kerana saiz yang besar dan harga yang mahal. Pada tahun 1992 president USA george bush telah menandatangani perjanjian membenarkan transaksi perniagaan melalui internet.

Komputer dan internet dikatakan ciptaan manusia yang tercanggih setakat ini. Dengan internet kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan pantas. Komputer boleh menjadi mesin taip, mesin faks,alat penyalin, telefon, tv, vcr, penghantar surat, pasar raya untuk membeli barang-barang dan sebagainya. Paling hebat komputer boleh berhubung diantara rumah, sekolah, hospital, pejabat dan syarikat dari seluruh dunia.

Kadar perkembangan penggunaan komputer dan internet sangat pantas iaitu 1300% setahun. Angka pengguna komputer dan internet bertambah setiap saat. Sehungga hari ini sudah ada 700 juta pengguna internet di dunia.