Tuesday, October 10, 2006

Era Revolution

Ini pengalaman paling pahit dalam sejarah buat network.

Pada peringkat permulaan saya memang negatif dengan projek ini tetapi seorang kawan perniagaan MeYakinKan saya bahawa Era ni own by Seorang tauke besar. Bincang dgn beberapa rakan dari Kelantan dn KL so saya pun ON.

Sambutan memang hebat dari awal lagi. Tapi masuk minggu ke tiga saya dapati bahawa Era ni kepunyaan Member saya tu. Dari hari tu saya personally stop terima apa2 payment dari direct sponsor. Syarikat hanya bartahan 36 hari. Saya telah bank in (ada resit sebagai bukti) lebih kurang RM700K ++++.

Memang tragedi semua orang termasuk SAYA rugi. Saya personally ada 43,000 pts ketika itu.

Yang untung dalam projek ini hanya owner syarikat. Dengar cerita owner ubahsuai rumah beratus ribu. Ada rakan-rakan yang tunggu sehingga pagi depan rumah owner untuk berhari-hari tapi tak balik-balik. Sehingga hari ini owner Era masih menjadi pelarian di Negara sendiri.

Sana sini ramai yang mengutuk saya dan rakan-rakan. Tak ada apa yang saya mampu lakukan sebab KITA semua RUGI..... dan saya yakin owner ERA akan mendapat balasan setimpal.....

KITA pulak sebagai usahawan kena yakin bahwa rezeki datang dari ALLAH...kita rugi di ERA tapi insyallah akan dapat rezeki di tempat lain ..... yang penting jangan GIVE UP. Setiap kejadian pasti ada HIKMAHNYA.