Sunday, October 08, 2006

Petikan dari irfankhairi.com

Beberapa hari lalu saya meletakkan keratan akhbar di sini daripada Star yang menyatakan bahawa SwissCash adalah scam. Berikut adalah tajuk akhbarnya…

Two Datuks held over Internet scam (klik di sini)

Saya juga memberi komen mengenai Swisscash berdasarkan keratan akhbar di atas tanpa menyedari komen tersebut menyingung beberapa pihak termasuk pembaca Tip Satu Minit ini yang merupakan pelabur Swisscash.

Sehari selepas atrikel akhbar Star, akhbar Utusan pula mengeluarkan kenyataan ini…

Kes tipu: Dua ‘Datuk’ tiada kaitan Swiss Cash (klik di sini)

Dengan ini, sempena bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf kepada pembaca Tip Satu Minit dan sesiapa sahaja yang tersingung dengan komen saya serta meletakkan berita yang conflcting. Sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan.

Mengenai status SwissCash sama ada scam atau tidak scam, Wallahualam. Harapan saya agar ianya bukan scam supaya tiada pihak yang teraniaya.