Wednesday, August 02, 2006

Hijrah Minda

Saya belajar bidang teraputik pemakanan ...memang seronok bekerja dengan pesakit di hospital. Tetapi keseronokan tidak boleh membawa saya jauh mencapai visi. Saya berhijrah ke dunia perniagaan dengan melibatkan dalam industri makanan. Bekerja menguruskan syarikat yang mengediakan makanan kepada pesakit di HUKM kemudian berhijrah ke KFC syarikat multinasional. Bila dah lebih bersedia saya membuka syarikat sendiri dengan rakan-rakan dengan penguruskan kafeteria, restauran dan katering.

Saya berhijrah sedikit dari perkhidmatan kepada pengusaha.

Dari kajian dan pembacaan Internet menyediakan peluang yang sangat hebat. Ramai yang sudah berjaya dan lebih ramai yang telah gagal.

Jadi berhijrah 360% dengan meninggalkan dunia pemakanan saya ke dunia IT. Bukan mudah... ianya memerlukan keberanian. Alhamdulillah keberanian saya telah merubah hidup saya.

HIJRAH MUDAH DI KATA TAPI BUKAN MUDAH DI BUAT....BAGAIMANA ANDA????