Wednesday, August 02, 2006

Kejayaan & Kegagalan

Semalam dapat sms dari kawan lama azmi dari Melaka katanya "Ni Azmi kita pernah buat business bersama di ZOV tapi kecundang".

Bagi saya kegagalan dalam business bukan bererti kita KECUNDANG tetapi pengalaman untuk kita terus berjaya.

Saya telah gagal dalam perniagaan ketika usia 29 tahun. Memang teruk dengan hutang sekeliling badan. Bayangkan saya berhutang dengan bank rakyat, bank simpanan nasional, ambank dan koperasi untuk personal loan. Hutang kredit kad dengan citibank, MBF, SBB dan maybank. Itu tak termasuk hutang kawan-kawan. Semasa tu memang sangat-sangat tertekan tetapi dengan jiwa kental saya tak pernah kenal erti mengalah.

Orang tua ada berkata ulat dalam bantu pun boleh hidup...dan saya lihat pendatang dari indonesia boleh hidup senang di Malaysia...kenapa tidak saya??? Yang penting kita mesti jangan jangan jangan GIVE UP...usaha dan teruskan berusaha.

Saya lihat ramai rakan-rakan saya takut berniaga ....takut rugi ...takut gagal...takut kecundang. Dari pembacaan saya ramai usahawan-usahawan yang berjaya pernah gagal banyak kali. Saya ambil kesimpulan kegagalan adalah syarat untuk berjaya...so saya teruskan perjuangan saya...

Alhamdulillah saya dapat bangkit dari kegagalan dan terus melangkah kehadapan...