Monday, July 31, 2006

Pengalaman Kehidupan

Sekolah kat SMSJ kluang 1981-85 (abg kamal (kerani sekolah) dengor cite dah drive keta idaman BMW 3 series). Banyak pengalaman manis kat sini. Batch 81-85 still in touch sampai dah tua bangka ni.

Kemudian masuk UKM, graduate 1991. Best juga kat UKM, memang aktif hingga jadi perwakilan pelajar. Jadi fasilitator melatih adik-adik jadi orang yang kental. Final year kat cawangan KL so fokus belajar je la.

Abis belajar jadi RA dgn Prof Osman, seronok buat projek orang asli. Pergi pendalaman kat Raub buat kaji selidik. Projek abis duit pun abis so aku berhenti sebab ...duit tak de.

Kerja kat Bumi Sains Sdn Bhd jadi marketing executive. Memang pengalaman yang hebat dan telah menambah skill hidup. Apa taknya pegi jual lab equipment kat UKM, UPM, Mardi, IMR dan macam lagi la. Kat sini kenal ramai rakan-rakan baru.

Hujung 1992 akau terpaksa resign dari Bumi Sains dan berhijrah ke Kementerian kesihatan. Kerja kat spital taiping sebagai dietitian. Dietitian pertama kat spital ni dan bos termuda kat sini. Nasib baik banyak pengalaman berpersatuan so tak la kekok sangat. 1996 aku di pindahkan ke hospital HKL. Dah biasa jadi bos sampai sini jadi kuli balik so lain macam sikit la.

Pertengahan 1997 aku resign 24 jam join Saji Bumi Sdn Bhd. Start projek penswastaan pertama perkhidmatan makanan di hospital HUKM. Memang banyak pengalaman yang telah mematangkan aku.

1999 dapat offer join KFC. Kat sini belajar cara big coprate punya game. Dari satu department ke satu department. Dari satu bos ke satu bos. The worse dengan Thurai...tapi aku never give up.

2002 aku berhenti tapi dapat pampasan. aku start business di cafe hospital klang. jadi patner di Sabil Mulia Sdn Bhd. Banyak projek besar yang aku dapat antaranya supply food utk open house rumah PM kat putra jaya, supply food utk F1, supply food utk persidangan NAM & OIC, supply food setahun utk AirAsia. Alhamdulillah banyak betul pengalaman.

2004 sepenuh masa menumpukan kepada online business.