Saturday, April 28, 2007

Keadaan Sekarang

Saya mula menceburi biz online dengan skybiz yg berasal dari USA dan telah mendapat sambutan di seluruh dunia sehingga mengalahkan Amway dan akhirnya skybiz diharamkan dan selepas beberapa tahun ahli mendapat balik modal usd100 atas arahan makamah.

Fenomena skybiz telah menukar persepsi dunia tentang MLM dimana banyak syarikat di dunia telah menggunakan internet sebagai platform. Itu yg di katakan setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin tanpa skybiz dunia MLM masih di takuk lama lagi.

Sekarang saya full time dalam online biz. Saya sangat yakin dgn online biz ni. Dalam online biz ni ada pelbagai jenis perniagaan seperti penjual produk online, pengiklanan spt adsense, affiliate program, e-book, online MLM, autosurf, ONLINE INVESTMENT dan sebagainya.

Saya dah terlibat dgn online investment dan autosurf sejak 2004 sebelum adanya swisscash. Kami menggunakan e-gold dan stormpay utk pembayaran dan penerimaan bonus. Lebih dari 30 program telah saya invest. Ada yang untung dan ada juga yang rugi. The best part geng2 online kalau rugi pun tak bising satu dunia sebab bila kita join je dah tahu ni memang high risk. Kebanyakan peluang ni memberi pulangan yg tinggi sehingga 3 - 12% sehari. Kebanyakkan tak tahan lama tapi ada satu program studiotraffic dgn pulangan 1% sehari bertahan lebih 2 1/2 tahun.

Saya ambil keputusan utk invest di program yg rendah return tapi boleh tahan lama. Sebab tu bila saya dapat peluang swisscash yg beri pulangan kurang 1% sehari saya join sebab rasa2nya boleh tahan lama. Setelah lebih 2 tahun swisscash dalam market, keluar pulak pelbagai program khasnya di malaysia yg beri pulangan lebih 2% sehari. Ramai yg tanya pandangan saya, komen saya dah ada pengalaman dan selalunya memang tak tahan lama. Tapi kalau nak join jangan banyak2 laa.

Keadaan semakin tidak terkawal, setiap hari ada je program baru keluar. Ramai yg tak pernah buat online biz dah invest dlm program yg beri return tinggi ni. Saya tengok pun seram sejuk badan. Ada yg keluar duit ASB, ada yg buat loan bank......takut tengok. Dlm banyak nasihat pelaburan yang saya baca belum lagi saya jumpa nasihat melabur dengan meminjam. Saya yakin suatu hari kerajaan mesti ambil tindakkan.

Setelah 6 bulan program daily return berjalan akhirnya kerajaan ambil tindakkan tegas, termasuk lah swisscash sebab tidak berlesen di Malaysia. Bagi saya personnaly kita kena tengok semuanya secara positif. Usahawan yg berjaya mesti melihat segalanya dalam sudut positif. Jika kerajaan tidak ambil tindakkan pasti lebih ramai yg rugi dan lebih ramai yg kecewa.

Saya setuju dgn statement "tiada jalan pintas untuk jadi kaya raya". Mana boleh duduk diam jadi kaya raya. Walaupun kita buat online business mesti ada usaha keras dan strategi yg betul baru lah boleh berjaya.

Sekarang ramai yg marah2 dengan dreamkaya, ada yg kutuk dalam forum dan juga blog. Saya terima itu semua tetapi saya juga kena patuh dengan arahan kerajaan. Saya sudah di panggil oleh suruhanjaya sekuriti sebanyak 3 kali dan juga suruhanjaya syarikat. Saya sudah di nasihatkan dengan pelbagai nasihat dan saya perlu patut dengan nasihat ini utk kepentingan semua.

Berniaga ada pasang surut yang penting JANGAN GIVE UP, insyallah kejayaan di depan kita.

Selamat maju jaya untuk semua. Berundur setapak bukan bermakna tewas. Insyallah lebih ramai lagi team dreamkaya akan berjaya dalam online business yg lain khasnya scoreA.com. JUMPA DIPUNCAK KEJAYAAN.