Saturday, June 23, 2007

Kenduri Dreamkaya bersama ScoreA Kenshido

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang datang ke majlis kenduri bersama ScoreA dari seluruh Malaysia. Terima kasih kepada VIP Mr Jason, president ScoreA dan rombongan, Pak Sheikh, rakan2 dari singapore, indonesia, brunei dan china. Tahniah kepada rakan niaga yg mencapai tahap manager dan sheppire manager. Semuga kejayaan tuan-tuan menjadi motivasi untuk terus melangkah ke dalam dunia scoreA. Kenduri ini adalah titik permulaan untuk kita terus melangkah bersama mencipta seramai mungkin rakan-rakan yang berjaya bersama ScoreA. Insyallah KITA BOLEH.

Tuesday, June 19, 2007

Saya Pembelot

Hari ni saya dapat YM & sms yg marah: saya di anggap pembelot, meninggalkan kumpulan, tak bleh diharap, mementingkan diri sendiri. Mereka nak saya terus aktif dengan swisscash...mereka tak kisah kalau akaun bank saya dibeku...tak kisah kalau saya di denda RM1juta atau penjara 10 tahun...kata mereka itu hanya gimik kerajaan

utk info : beberapa peserta seminar leadership dreamkaya di bangi telah di interview oleh pegawai penyiasat...agak2 kerajaan saja buat gimik ke??? saya rasa TIDAK.

Saturday, June 16, 2007

PERCAYALAH PADA ALLAH

Macam bentuk sms dan call yang saya terima. Nasihat yang boleh saya beri : kita semua mesti bersabar dan tenang dalam menghadapi situasi begini. Yakinlan bahawa setiap kejadian di alam ini dengan izin ALLAH dengan bersebab. Yakin lah kuasa yang teragung bukan manusia bukan organisasi tapi ALLAH. Setiap kejadian di janjikan HIKMAH disebaliknya untuk kita belajar. Untung dan rugi adalah angka dan sekiranya kita sabar dan terus berusaha di peluang-peluang yang lain insyallah kita akan dapat lebih banyak dari apa yang kita hilang. Semuga kita tabah mengadapi segala DUGAAN.

Tuesday, June 12, 2007

TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN

Saya di hujani dengan SMS, call, YM and email yang tidak henti-henti 2-3 hari ni. Terima kasih kerana 99% memberi sokongan dan semangat kepada saya. Saya sangat memahami perasaan rakan-rakan. Insyallah setiap kejadian ada HIKMAHNYA dan kita tidak boleh ikut perasaan dan emotional dalam menangani hal sebegini. Kehidupan mesti di teruskan dan TEAM kita juga mesti di teruskan. Dreamkaya telah melalui pelbagai dugaan sejak ditubuhkan 4 tahun dulu. Saya yakin kita bersama akan dapat meneruskan untun mengharungi gelombang tsunami ini untuk menjadi TEAM yang lebih berjaya di DUNIA dan akhirat. LETS WORK BERJEMAAH....pahala pun lebih kejayaan pun insyallah ada.

Wednesday, June 06, 2007

Suruhanjaya Sekuriti

Minggu depan saya akan mengadap SURUHANJAYA SEKURITI untuk kesekian kali kerana SWISSCASH. Pelbagai perkara yang saya fikirkan sekarang, all investors, key leaders n famili. Semuga semua ok....TAWAKAL.

KEPUTUSAN : BEBERAPA AKAUN BANK PERIBADI DAN SYARIKAT DIBEKUKAN