Monday, October 30, 2006

Salam Aidilfitri

Terima kasih kepada semua team leader yang telah organise majlis berbuka puasa. Alhamdulillah hampir setiap hari saya telah menghadiri majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan dreamkayateam. Saya sempat berbuka dengan rakan-rakan di sandakan, kk, brunei, kl dan jakarta.

Setelah sebulan berpuasa Aidil Fitri datang lagi.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf jika ada salah dan silap, tersalah kata tersilap bahasa, terdapat SAP, SRP dan SFP tanpa servis yang mencukupi, tak jawap call & sms ..dan semua kesilapan yang berlaku sepanjang tahun 2006.

Semuga kita berjaya bersama....

Salam aidil fitri & maaf zahir batin.

Tuesday, October 10, 2006

Era Revolution

Ini pengalaman paling pahit dalam sejarah buat network.

Pada peringkat permulaan saya memang negatif dengan projek ini tetapi seorang kawan perniagaan MeYakinKan saya bahawa Era ni own by Seorang tauke besar. Bincang dgn beberapa rakan dari Kelantan dn KL so saya pun ON.

Sambutan memang hebat dari awal lagi. Tapi masuk minggu ke tiga saya dapati bahawa Era ni kepunyaan Member saya tu. Dari hari tu saya personally stop terima apa2 payment dari direct sponsor. Syarikat hanya bartahan 36 hari. Saya telah bank in (ada resit sebagai bukti) lebih kurang RM700K ++++.

Memang tragedi semua orang termasuk SAYA rugi. Saya personally ada 43,000 pts ketika itu.

Yang untung dalam projek ini hanya owner syarikat. Dengar cerita owner ubahsuai rumah beratus ribu. Ada rakan-rakan yang tunggu sehingga pagi depan rumah owner untuk berhari-hari tapi tak balik-balik. Sehingga hari ini owner Era masih menjadi pelarian di Negara sendiri.

Sana sini ramai yang mengutuk saya dan rakan-rakan. Tak ada apa yang saya mampu lakukan sebab KITA semua RUGI..... dan saya yakin owner ERA akan mendapat balasan setimpal.....

KITA pulak sebagai usahawan kena yakin bahwa rezeki datang dari ALLAH...kita rugi di ERA tapi insyallah akan dapat rezeki di tempat lain ..... yang penting jangan GIVE UP. Setiap kejadian pasti ada HIKMAHNYA.

Monday, October 09, 2006

Kata Guru Saya

Semua orang nak jadi yang terbaik dan berjaya. Tetapi masih ramai yang ada sikap, pemikiran dan tindakan seperti “SEMALAM” jadi mana mungkin akan ada hasil yang berbeza untuk “HARI INI”

Kawan dan guru saya bagitau, untuk berjaya dan menjadi yang terbaik, kita harus sedia untuk BELAJAR dan DI AJAR

Sunday, October 08, 2006

Biz Networking

Saya bermula dengan biz networking pada tahun 1992...

Cosway, DXN, Pentagono, Oriflame .... kemudian start buat bainary ...JohanBersama (mula kenal Aziz Samad), SkyBiz, UnitOne, ZOV, Monarch, Empiredreams, Em2you, rapid mall, erarevolution (paling teruk dan mengecewakan semua ahli)....... dari sini mula pelbagaikan perniagaan online networking antaranya 12dailypro (autosurf), solidinvestment, vascoinvestment, 22usd, 7 magics, t-investment, moneymaker, profitswinger, swisscash, c2r, cash-banker....yang terkini EN101 dan mydinar...

Dalam list ini bukan semua berjaya dan ada juga yang berjaya....... FALSAFAH saya kalau tak cuba untuk GAGAL pasti tidak jumpa KEJAYAAN....

Biz Conventional

Ni senarai biz conventional yg pernah saya buat.

Jual kuih raya beribu2 botol, Juah kerepek bawang beribu kilogram, lobi projek kerajaan, Trading pelbagai produk kesihatan, jual kereta secara partime, jual pasir, supply lori dan banyak lagi............. tapi yang paling berjaya buat catering dan restaurant.

Petikan dari irfankhairi.com

Beberapa hari lalu saya meletakkan keratan akhbar di sini daripada Star yang menyatakan bahawa SwissCash adalah scam. Berikut adalah tajuk akhbarnya…

Two Datuks held over Internet scam (klik di sini)

Saya juga memberi komen mengenai Swisscash berdasarkan keratan akhbar di atas tanpa menyedari komen tersebut menyingung beberapa pihak termasuk pembaca Tip Satu Minit ini yang merupakan pelabur Swisscash.

Sehari selepas atrikel akhbar Star, akhbar Utusan pula mengeluarkan kenyataan ini…

Kes tipu: Dua ‘Datuk’ tiada kaitan Swiss Cash (klik di sini)

Dengan ini, sempena bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf kepada pembaca Tip Satu Minit dan sesiapa sahaja yang tersingung dengan komen saya serta meletakkan berita yang conflcting. Sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan.

Mengenai status SwissCash sama ada scam atau tidak scam, Wallahualam. Harapan saya agar ianya bukan scam supaya tiada pihak yang teraniaya.

Seminar Digital Marketing sytem (DMS)

Tahniah kepada Hj Zurin (JB), Anuar (KB) dan Kak Su (KL) yang telah menganjurkan DMS dengan jayanya. Team leader MESTI menganjurkan DMS sekerah mungkin seperti team Damrong di Penang yg buat setiap bulan.

ILMU TIADA PENGHUJUNGNYA

Sunday, October 01, 2006

Thinking Without The Box

"YOU HAVE TO FACE YOUR FEARS AND MANAGE THEM"

"WHEN YOU CANNOT MAKE A DECISION YOU NEED TO TAKE CALCULATED RISKS AND TRUST YOUR GUT FEELING AND TAKE A LEAP OF FAITH"

Kita biasa join business apabila di yakinkan oleh rakan-rakan kita. Tetapi jika business itu GAGAL ...JANGAN sesekali menyalahkan rakan kita kerana dia hanya memberi peluang. KEGAGALAN & KEJAYAAN hak ALLAH dan sejauh mana hasil usaha kita.

Jangan GIVE UP berkali-kali GAGAL bukan bermakna kita akan terus gagal. Setiap kegagalan menghampirkan kita kepada KEJAYAAN.....

Hackers

Alhamdulillah setakat ini saya masih gagah menghadapi HACKER yang fokus kepada SAYA. Sudah 9 email, 4 akaun egold, akaun adwords, akaun adsense google dan banyak akaun online biz yang telah di HACK. Beliau juga hantar email kepada ramai rakan-rakan dreamkaya dengan memburuk-burukan saya.

Dugaan.

Semuga ALLAH memberi kesahjetraan kepada beliau di bulan mulia ini.