Saturday, January 27, 2007

DMS KL (27/1/07)

Tahniah kepada 35 peserta...tahniah kepada Nazri, wadi dan the team yg organise the DM...terima kasih kepada Damrong n the team yg berkongsi ILMU

LeaderShip Training Di JB(27-28 Jan 07)

Tahniah kepada 70 peserta dari Malaysia, Singapore dan Thailand....Terima kasih kepada Pak sheikh dan super Tahniah kepada organiser...super key leader Johor...

Saturday, January 20, 2007

Dinner DreamKaya Jakarta(20/1/2007)

Tahniah kepada Pak Fatur, DrTedy, Pak Farid dan semua rakan dari Indonesia, Singapore dan Malaysia yang berjaya mengumpulkan 400 orang....Sempena Maal Hijrah insyallah kita akan berjaya.

Dinner DreamKaya Muar, Johor(19/1/2007)



Memang power team yazid muar.lebih 200 orang hadir...tahniah kepada semua super leader JOHOR

Saturday, January 13, 2007

Dinner DreamKaya Labuan

Tahniah kepada team labuan ...ni dinner pertama dan akan banyak lagi dinner di jalankan di Labuan...tahniah kepada Muhamad, Rushidi, Rosli, Iman dan Cikgu Zaieddi yg bawak team...

Dinner DreamKaya Kelantan

Memang hebat...the biggest crowd 1200 ...tahniah kepada cikgu anuar and the team..u all memang power...

Teruskan usaha pasti KELANTAN POWER

Saturday, January 06, 2007

Dinner Pembuka Tahun 2007

Tahniah kepada semua superleader DK dan 400 jemputan di majlis dinner DK penang pada 6/jan/07 di equatorial penang....u all memang super power....kita usaha kan 2007 lebih hebat dari 2006...

Thursday, January 04, 2007

SCAM Bukan Sahaja Di Internet

SEREMBAN: Satu sindiket dikesan mengaut keuntungan hampir RM1.2 juta hasil penipuan dengan berselindung di sebalik perkhidmatan membantu usahawan baru yang berminat memulakan perniagaan.

Sindiket itu menggunakan nama Komuniti Bistari dan logo Urusetia Bistari Malaysia tanpa kebenaran dikesan bergiat aktif di Kelantan dan Terengganu.

Mereka akan memungut RM399 kepada peserta yang berminat dan menabur janji mendapatkan dana usahawan kerajaan bernilai RM30,000 hingga RM50,000 modal memulakan perniagaan.

Sehingga kini, mereka memungut wang daripada 3,000 mangsa selain mengiklankan perkhidmatan di akhbar berbahasa Cina dan sebuah akhbar tabloid mingguan berbahasa Melayu.

Pengarah Sekretariat Komuniti Bistari, Urusetia Bistari Malaysia (Bistari), Shaikh Hussin Shaik Mahamud, berkata pihaknya bersama Agenda Nasional Gerak Usahawan Negara (Anggun) mengambil inisiatif menghimpunkan orang ramai yang berminat menjalankan perniagaan memohon dana usahawan baru 2 secara berkelompok.

“Dalam tempoh Julai hingga November lalu kami menghimpunkan 25,000 usahawan kecil dan kini menunggu tarikh daripada kerajaan untuk mempertimbangkan permohonan mendapatkan pinjaman kecil antara RM1,000 hingga RM50,000.

“Anggun-Bistari satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil inisiatif ini, malangnya ada pihak yang menggunakan nama serta logo kami untuk mengumpulkan wang dengan menaburkan janji pemohon dijamin mendapat pinjaman,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Anggun, Mohd Ridzuan Abdullah dan peguam mereka, T Paramasivam.

Shaikh Hussin berkata, kegiatan sindiket itu dikesan sejak sebulan lalu selepas pihaknya menerima maklumat daripada mangsa.

“Semua wang dipungut dibayar menggunakan draf bank atas nama sebuah syarikat di Johor. Mereka juga menipu orang ramai menawarkan Dana Usahawan Baru 3 yang tidak wujud.

“Saya ingin menegaskan kami tidak pernah melantik mana-mana pihak menjalankan sebarang urusan atau menyelaras sebarang program komuniti usahawan baru 2 Anggun-Bistari dengan caj RM399 yang didakwa bagi urusan pembayaran perkhidmatan,” katanya.