Saturday, August 26, 2006

DreamKaya Leadership Workshop

Going Beyond Expectation
Through Personal & Team Power
Speaker : Prof Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman
Date : 19-20 August 2006

Tahniah kepada semua yang hadir Anuar(Bdr Tenggara), Abg Kamal(Kluang), Cikgu Azman (Ampang), Fauzi(Seremban), Pengiran Matussen(Brunei), Amin (Tanjung Malim), Syamri (Kuching), Damrong(Penang), Abd Rahman (Pandan Indah), Saiful (Sg Besi), Hajah Nora (Singapore), Kak Su(Rawang), Azuardi(Bangi), Norli(Putrajaya), Dr Tedy(Surabaya), Dr Noor(Penang), Cikgu Ismail POWER(Bdr Tenggara), Azrul(Subang Jaya), Shukri(JB), Jamian(JB) Jemiat(Bangi), Kamisan (Meru), Azmi(Kenigau), Aizam(Jengka), Lebai Din(Temerloh), Anuar (KB), Fathuraman(Jakarta), Tuah(Seberang Jaya), Muhamad(Penang), AJ Azmi(Kuching), Hilman(Jakarta), Azmi(Kuantan), Kak Yati(Seberang Jaya), Jeffry(KL), Haji Zurin(JB), Kak Ct(Setapak), Awy(Cheras, Jalil(JB)

Friday, August 25, 2006

KeJayaan Untuk Daku

Biarlah orang lain hidup cukup makan, tapi bukan AKU
Biarlah orang lain bergaduhan perkara remeh temeh, tapi bukan AKU
Biarlah orang lain menangis susah sikit-sikit, tapi bukan AKU
Biarlah orang lain menyerahkan nasib mereka bulat-bulat di tangan orang lain, tapi bukan AKU
Kerana AKU tahu
Bahawa AKU dilahirkan untuk berjaya
Bahawa kejayaan itu hak kelahiran KU
Bahawa untuk sesuatu berlaku terpulang pada AKU
Kini aku tuntut hak kelahiran KU
Aku akan buat sedaya upaya, insyallah AKU akan dapat segala-gala


Sajak oleh Dato' Prof Sheikh Omar Abdul Rahman

KeJayaan Untuk Daku

Biarlah orang lain hidup cukup makan, tapi bukan AKU
Biarlah orang lain bergaduhan perkara remeh temeh, tapi bukan AKU
Biarlah orang lain menangis susah sikit-sikit, tapi bukan AKU
Biarlah orang lain menyerahkan nasib mereka bulat-bulat di tangan orang lain, tapi bukan AKU
Kerana AKU tahu
Bahawa AKU dilahirkan untuk berjaya
Bahawa kejayaan itu hak kelahiran KU
Bahawa untuk sesuatu berlaku terpulang pada AKU
Kini aku tuntut hak kelahiran KU
Aku akan buat sedaya upaya, insyallah AKU akan dapat segala-gala


Sajak oleh Dato' Prof Sheikh Omar Abdul Rahman

Sunday, August 13, 2006

TIPS NAK BERJAYA DALAM BUSINESS

Apa yang saya paparkan ni cara saya...kalau bagus ikut laa ..

1. Bagi yang islam buat solat istyharah ..minta pertunjuk JADI kalau berjaya alhamdulillah dan kalau tak berjaya jangan maki-maki orang yg bagi peluang sebab itu ketentuan ALLAH. Ingat setiap kejadiaan ada HIKMAHNYa....NEVER GIVE UP...

2. Maklumkan ibubapa (bagi yg masih ada) untuk dapat barakah dari doa mereka (Jangan lupa bagi duit saku kat mereka walaupun sesesak mana kita, berapa nilai sebenarnya tak penting tapi tapi pasti mereka gembira dgn keikhlasan kita)

3. Jangan lupa menderma ...setiap derma yg ikhlas ada diberi ganjaran rezeki yang berlipat kali ganda....

akan di sambung.....

Wednesday, August 02, 2006

Hijrah Minda

Saya belajar bidang teraputik pemakanan ...memang seronok bekerja dengan pesakit di hospital. Tetapi keseronokan tidak boleh membawa saya jauh mencapai visi. Saya berhijrah ke dunia perniagaan dengan melibatkan dalam industri makanan. Bekerja menguruskan syarikat yang mengediakan makanan kepada pesakit di HUKM kemudian berhijrah ke KFC syarikat multinasional. Bila dah lebih bersedia saya membuka syarikat sendiri dengan rakan-rakan dengan penguruskan kafeteria, restauran dan katering.

Saya berhijrah sedikit dari perkhidmatan kepada pengusaha.

Dari kajian dan pembacaan Internet menyediakan peluang yang sangat hebat. Ramai yang sudah berjaya dan lebih ramai yang telah gagal.

Jadi berhijrah 360% dengan meninggalkan dunia pemakanan saya ke dunia IT. Bukan mudah... ianya memerlukan keberanian. Alhamdulillah keberanian saya telah merubah hidup saya.

HIJRAH MUDAH DI KATA TAPI BUKAN MUDAH DI BUAT....BAGAIMANA ANDA????

Kejayaan & Kegagalan

Semalam dapat sms dari kawan lama azmi dari Melaka katanya "Ni Azmi kita pernah buat business bersama di ZOV tapi kecundang".

Bagi saya kegagalan dalam business bukan bererti kita KECUNDANG tetapi pengalaman untuk kita terus berjaya.

Saya telah gagal dalam perniagaan ketika usia 29 tahun. Memang teruk dengan hutang sekeliling badan. Bayangkan saya berhutang dengan bank rakyat, bank simpanan nasional, ambank dan koperasi untuk personal loan. Hutang kredit kad dengan citibank, MBF, SBB dan maybank. Itu tak termasuk hutang kawan-kawan. Semasa tu memang sangat-sangat tertekan tetapi dengan jiwa kental saya tak pernah kenal erti mengalah.

Orang tua ada berkata ulat dalam bantu pun boleh hidup...dan saya lihat pendatang dari indonesia boleh hidup senang di Malaysia...kenapa tidak saya??? Yang penting kita mesti jangan jangan jangan GIVE UP...usaha dan teruskan berusaha.

Saya lihat ramai rakan-rakan saya takut berniaga ....takut rugi ...takut gagal...takut kecundang. Dari pembacaan saya ramai usahawan-usahawan yang berjaya pernah gagal banyak kali. Saya ambil kesimpulan kegagalan adalah syarat untuk berjaya...so saya teruskan perjuangan saya...

Alhamdulillah saya dapat bangkit dari kegagalan dan terus melangkah kehadapan...